Monday, September 14, 2009

menghitung hari....

Beberapa hari sebelum cuti sempena hari Raya Aidilfitri....aku mula merasa resah gelisah...apa tidaknya..bahang raya sudah mula terasa...masing-masing mula sibuk bercerita mengenai balik kampung...koleksi kuih raya pelbagai pesen dan rasa...koleksi baju raya dan macam-macam lagi.... pendek kata...macam-macam adalah...
Pagi tadi gempar pula kisah terbaru...menurut fakta yang aku perolehi daripada sumber-sumber yang konkrit..Perdana Menteri dah mula umumkan, katanya sekolah boleh memohon cuti berganti pada hari Khamis dan cuti peristiwa pada hari Jumaat...dipendekkan cerita...dapat cuti lagi awal 2 hari lah... Ya Allah...gembiranya aku bukan kepalang... tak payahlah nak pikir lagi macam mana nak mengadap guru besar...dengan muka seposen...minta cuti rehat...
baru je aku hebahkan berita gembira ni kat housemateku kak Da...tup-tup berita gembira tadi dah bertukar menjadi hampa...aduh frustnya rase...

Sunday, September 13, 2009

boleh tak nak tukar gelaran diri saya...jadi aku???? kira bolehlah ye.... blog aku...
nak dijadikan cerita aku baru je sampai semula ke kediaman keduaku di Rumah Rakyat Pelangai pagi tadi....turun bas Transnational depan bus stop Rumah Rakyat Pelangai tepat-tepat jam 4.30 pagi,,,sempatlah bersahur jap....kepala pun tengah ting...tong...dugaan...

share cerita

Assalamualaikum...

Tanggal 14 September 2009, bertempat di bilik akses SKP..... walaupun berada dalam keadaan penat dan agak keletihan di Bulan Ramadhan ni...saya tetap kuatkan diri untuk belajar ilmu baru iaitu cara untuk membuat blog peribadi. Apa tidaknya, pada zaman yang serba canggih dan mencabar ni...saya juga berasa tidak mahu ketinggalan untuk menerobos ilmu baru saban hari...he..he...sekurang-kurangnya taklah saya dipanggil katak di bawah tempurung...